Harapan pada blog..

on 26 April 2011

Kanina.. Entah macam mana boleh tertido tadi.. 3 jam! Teringat kata-kata founder Oh!Media, tido tu 1 pembaziran. Aku memang setuju dengan statement tu.. Pasal waktu kita tak perlukan tido tapi kita tertido, masa tu kita boleh gunakan untuk settlekan macam-macam hal.. Dalam hal aku ni, blog terbengkalai! Grr..

Tadi masa aku lepak jap kat tubelawak busuk baca entri baru beliau yang seolah-olah ada menyentuh bab impian/harapan kat situ, tetiba aku terfikir, harapan aku pada blog.. Ishh apsal macam syahdu pulak ni??

Aku, aku tak tahu la kenapa dengan aku. Dari dulu lagi aku tak suka kerja bawah orang.. Bangun tido seawal 5-6 pagi dengan muka sangap nak tido, mandi, sarapan, pastu pergi kerja. Kalau bangun lambat, stuck kat traffic jam pulak kan? Pastu masuk opis.. Tunggu arahan, dah dapat, buat macam depa suruh dah macam tu esoknya. Rutin harian yang berulang-ulang, sampailah pencen sok.

Bagi aku, kita ni dah macam robot tahu? Diprogramkan semata-mata untuk melakukan kerja untuk kapitalis yang sangap duit. Kita macam dah 'dipenjara'.. Bagi aku la.

Start aku sambung belaja, aku mula cari method buat duit dari rumah.. Masa tu kecoh pasal E-Book. Aku pernah test tapi aku stop setengah jalan sebab aku tak minat. Lepas tu google adsense, ni pun sama jugak ar. Lagipun kalau target audience malaysia, kalau pakai google adsense slow, dari apa yang aku research sendiri. Then 3 tahun lepas tu, aku jumpa 1 blog ni. Blog yang berjaya bukak mata aku akan kebolehan blog. Berseronok dalam bercerita + duit (insyaallah kalau ada rezeki). Masa tu yang terdetik dalam fikiran - inilah yang aku cari selama ni!!

Maka wujudlah blog ni. Tapi bukan pasal aku target duit je.. Minat 1st priority. Harapan pada blog, aku harap blog ni dan beberapa blog (yang akan aku buat akan datang) akan jadi sumber rezeki utama aku jugak 1 hari nanti. Kiranya masa tu aku tak payah lagi kerja bawah orang.. Dengan duit dari blog, dah cukup untuk aku survive!

Bila dah jadi gitu, jadi fulltime blogger pulak. Kalau dapat jadi fulltime blogger ni, aku rasa aku manusia paling bertuah kat dunia. Kerja aku, cuma keluar menikmati keindahan dunia sambil bercerita dalam blog apa yang berlaku kat sekeliling aku.. Yeah memang awesome. Rutin harian fulltime blogger sangat cool.. Kalau kau tak suka kau memang manusia paling pelik sekali dalam planet ni.

Panjang pulak aku bebel. Apa harapan korang pada blog masing-masing eh? Nak tahu jugak =D
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...