Aku tahu ada yang lemau bila hari isnin ni menterjah kita balik. Rasa berat je badan tu kan? Nak bergerak rasa malas gila. Keh keh.. Biasanya rasa malas tu timbul bila kita terlalu enjoy masa cuti.. Rasa macam dah tak payah kerja lagi. Haha.. Rilek ok? Sekarang ni cuba kasi tampar-tampar sikit muka tu.. Ingatkan diri hari ni korang BEKERJA..
Lagi 1, cuba motivasikan diri kalau rasa diri tu dah terlalu malas sangat.. Fikirkan kenapa kena kerja. Tak pun curi 15 minit baca artikal-artikal motivasi kat internet tu. Banyak gila oo.. Baca 1-2 artikal je. Tak payah banyak-banyak. Kurang-kurang korang dapatla motivasi sikit..
Okeh aku stop sini dulu. Ini entri autopost sebenarnya. Aku sebenarnya tak suka dengan stail autopost ni. Rasa macam tak puas tapi apakan daya.. Nenek aku kalau nampak aku on lappy pagi-pagi buta, mesti aku kena dengar 'ceramah free'.. Hishhh
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan