Lelaki perlu tentang keganasan terhadap wanita

on 18 April 2011

KAMPAR 17 April - Lelaki berperanan mengubah sikap masyarakat dan norma sosial bagi mencegah keganasan terhadap wanita terutamanya dalam rumah tangga.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir kesal kerana ada kalangan masyarakat menganggap lelaki seperti suami berhak memukul isteri sehingga menjadi penyebab berlakunya keganasan rumah tangga. Katanya, sikap masyarakat itu boleh diubah sekiranya golongan lelaki bangkit menentang pihak yang melakukan keganasan terhadap wanita

Mengikut rekod, sejak 1994, polis menerima lebih 3,000 laporan keganasan rumah tangga di seluruh negara setiap tahun. Menurut Marina, tidak adil bagi wanita untuk hidup dalam ketakutan daripada lelaki yang boleh menjadi abang, bapa saudara, suami, anak atau teman lelaki - Utusan Malaysia

Hm betul jugak. Kalau nak harapkan perempuan je, tak cukup. Bukanlah nak kata perempuan ni tak terdaya tapi kalau lelaki ada sekali lagi bagus. Usaha tu akan jadi lebih kukuh dan kuat. Lepas ni kalau ada je keganasan terhadap wanita ni berlaku depan mata, kita bako!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...