Janji bau bunga taik ayam

on 25 April 2011

Grr geram ni! Geram! Geram dengan perangai yang susah (sebenarnya tak susah) manusia nak ubah ni. Berjanji tahu, tapi nak kotakan janji tu? Kaninaa. 

Geram dengan Si Fatin Liyana tu. Ala blogger yang ngetop tu.. Dia janji dengan aku nak date hari ni. Ni aku dah sampai kat Starbucks.. Dekat sejam dah! Tapi minyak wangi dia pun aku tak hidu lagi ni.. Hm.. Apa? Tak percaya? Percayalahhh..

Percayalahh aku tipu jeeeee

Ok berbalik pada tajuk. Ekceli aku tengah tunggu bila baru aku boleh ambik balik buku log praktikal aku.. Dan beberapa maklumat penting pasal company untuk aku sumbat dalam report praktikal. Senior staff tu janji bukan main lagi nak bagi harini tapi tak bagi-bagi lagi.. Sampai sekarang aku tak dapat 1 mesej pun dari beliau. Haishh aku tak faham perangai orang kita ni. Hm..

Kalau korang, korang panas tak? Contoh situasi korang, member ajak lepak pukul 1 tapi dia sampai kul 2 lebih. Panas tak korang? Mesti punya! Macam tu la aku rasa sekarang nih!

Orang kita ni, hm no wonderla masih terkebelakang lagi.. Tu pada pandangan aku la. Nak capai archievement yang besar-besar tapi benda kecik macam ni pun tak dapat jaga. Ibarat nak naik tingkat 3 tapi taknak lalu tingkat 2. Gila ke hapa? Mana boleh macam tu! Kotakan janji yang dah dibuat, susah ke? Tak susah! Kalau janji tak menyusahkan orang lain takpela kan? Kalau dicop penipu tahu pulak marah. Hm..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...