Kerajaan tidak gentar dengan kewujudan bloggers

on 25 April 2011

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak gentar dengan kewujudan bloggers sebaliknya bersedia menjadi sebahagian daripada mereka untuk mengetahui pandangan dan kritikan membina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata,  “Kita mungkin tidak mempunyai pandangan yang sama, tapi kita tidak boleh bermusuhan. Apa yang penting, kita bukan saja harus mengetengahkan pandangan (blogger), tetapi juga kritikan membina mereka dan bersama kita boleh membina negara dan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Pertama ‘Malaysia-Asean Regional Bloggers’ di sini, semalam.

Najib berkata, zaman ‘kerajaan mengetahui segalanya’ sudah berakhir dan kerajaan perlu tahu pandangan dan kritikan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia.

“Tapi kita harus letakkan sempadan. Jika kita gunakan ruang siber untuk memberitahu penipuan dan separuh kebenaran, itu salah, sebaliknya harus ada sempadan yang kita tidak boleh langkaui - Metro

Nice..Diaorang dah bukak mata pasal kepentingan blogger kat Malaysia ni!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...