List komen bukan komen (jangan buat)

on 25 April 2011

Ni dari apa yang perhati dan yang aku pernah dapat sendiri. Bila dapat komen yang bukan komen ni, rasa macam entri kita tu tak dibaca habis walhal tak panjang pun entri tu. Lagi 1 rasa macam mereka yang komen macam ni pada pandangan aku, semata-mata nak pacakkan link blog je. Huhuhu

Komen bukan komen yang dimaksudkan :

1. Aku 1st!!
2. Setuju!!
3. Jom masuk blog ni. Ada bisnes baik punya!
4. Download apa-apa saje kat sini.. (link blog)
5. Komen yang takde kene mengena dengan entri

Point 1-4 : Cuma letak komen macam tu je, lepas tu blah. Actually tak salah pun.. Tapi mana komen bahagian entri?

Point 5 : Biasanya benda ni jadi pasal entri panjang.. Jadi baca pun skip-skip jela. Sampai akhirnya, tak tahu/tak faham mesej dalam entri tu. Tapi gatal jugak nak komen, maka jadilah macam tu.

Aku tahu mungkin ada yang akan kata :
Ah orang dah komen terima kasih pun tak, banyak bunyi pulak

Wah janganlah gitu.. Appriciate lah sedikit usaha blogger yang menulis entri tu. Even kalau entri tu biasa je kan.. Nak keluarkan 1 entri bukan senang. Betul tak? Sekali dapat komen macam tu pulak. Kalau kena kat korang, mustahil korang tak panas?

Lagi 1, agak-agak empunya entri tu nak tak singgah blog korang kalau korang drop komen macam tu?

Tujuan komen.. Bukan setakat untuk pacak link blog, bukan setakat untuk perkenalkan blog tapi salah 1 cara kita menghargai sesuatu penulisan. Kalau tanya mana-mana blogger pun, aku confirm jawapan diaorang sama. Jadi kalau nak penulisan korang dapat balasan yang sama, komen betul-betul.. Kalau korang teruskan jugak drop komen bukan komen, janganlah salahkan sesiapa kalau entri korang dapat komen yang sama/takde langsung komen atau blog takde pelawat.

Sekadar pendapat. Pendapat korang macam mana?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...