Pasal kritik memang pandai

on 04 April 2011

Hari ni memang teramat bz. Tetiba je sekelepok kerja bertenggek kat meja kerja. Sempat update 2 entri je hari ni. Cilake.

Antara kerja yang aku buat macam biasa, bisnes kad. Kalau ikut keadaan aku sekarang ni yang mana kena banyak berfikir untuk blog dengan kerja, maka nak dapat 1 idea design memang makan masa sikit. Fikiran aku masa tu memang benak + letih gila. Mana nak pikir idea untuk entri, nak pikir idea untuk design lagi.. Pergh! Dalam 30 minit aku perah otak, dapatla jugak idea design tu. Nak dijadikan cerita, tetiba bos aku datang mengintai.

"Eh apa kau buat ni.. Warna tak kena la. Design pun tak cantik "

"Oh ok.. Jadi acik (bos) nak saya buat macam mana? Ada idea? Refference yang bagus ke? Ada?"

"Eh apa pulak tanya acik.. Kau kan designer.."

Adeh.. Ini macam susah ar. Kalau kita tengok style kritik macam ni, haihh.. Sesapa yang kena mesti rasa panas punya! Bukan nak cakap bos aku ni jela, aku rasa majoriti orang yang mengkritik, mesti macam ni! Kritik tu dah betul dah. Tapi bila mintak cadangan, takde! Hampeh.. Kalau dalam blog? Aku rasa tak perlu ler aku nak cakap panjang lebar.. Memang RAMAI! Tahu nak kritik je tapi bila mintak cadangan, terkial-kial nak jawap!
 
Jadi seeloknya, nak kritik sila compile kan sekali dengan cadangan. Kalau sekali je ayat 'Kau ni cakap je lebih!' keluar, jangan salahkan mereka kalau mereka meluat dengan korang!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...