Anak-anak sekarang terlalu manja

on 15 May 2011

Salam.. Selamat morning.. Waktu pagi yang memang best. Aku tak tahu kenapa tapi suasana pagi macam ni buat fikiran tenang. Ditemani pulak dengan cigarette sebatang, perghh! Kalau fikiran berserabut tu cer la try lepak luar rumah barang 5-10 minit. Sure kau rasa chill je.

Budak-budak sekarang terlalu manja. Kenapa aku kata gitu? Sebab tadi aku diperdengarkan pasal sorang budak ni yang dah berumur 12 tahun pun still takut naik bas. Macam tu jugak dengan bab pakaian sekolah macam baju dengan kasut. Iron pakaian tak tahu, kapur kasut pun nenek tolong buatkan.

Teringat bebudak zaman aku dulu, darjah 3 lagi kitaorang dah guna bas untuk pergi mana-mana. Senang cerita, bebudak zaman aku dulu macam dah dididik untuk berdikari sendiri.

Agaknya apa akan jadi kalau tak didik anak-anak berdikari masa depa ni kecik lagi eh? Bila sampai masanya depa kena hidup berdikari, dapat ke depa buat?

Sebab sampai 1 tahap nanti depa mesti kena jalani kehidupan berdikari.. Kalau tak dididik dari sekarang,  depa jugak yang susah bila dah dewasa nanti..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...