Najib akan perkenal platform interaktif baru

on 26 Mei 2011

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memperkenalkan platform interaktif baru, iaitu aplikasi telefon pintar dan perbincangan Meja Bulat 1Malaysia secara online mulai bulan depan bagi membolehkan beliau terus mempertingkatkan interaksi dengan rakyat.

Perdana Menteri berkata, aplikasi berkenaan menggabungkan semua platform online beliau, termasuk laman web, Facebook dan Twitter, supaya rakyat lebih mudah berhubung dengannya.

“Daripada beralih-alih, anda (rakyat) boleh meninggalkan komen di blog atau Facebook saya, menghantar Twitter dan mendaftar untuk pertemuan dengan hanya menggunakan satu perisian. Insya-Allah, saya akan memperkenalkan perisian tambahan ini dalam masa terdekat" katanya - Berita harian

Hm cuma untuk telefon pintar? Tapi oklah kan.. Cuma aku harap tak jadi macam emel 1 malaysia tu. huhuh
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...