Keburukkan hasil entri SEO

on 07 June 2011

Entri SEO.. Sebelum ni kan i memang ada main dengan entri SEO ni taw tapi i lebih kepada praktis.. Then baru-baru ni i mula serius dengan bermain entri SEO. Hasil dia alhamdullillah. I suka nyah!

Ermm kesan baik main SEO ni memang best la.. Trafik tetap masuk.. SEO ni memang sesuai kalau kau bz, tak dapat mengadap blog macam selalu. Macam aku yang sekarang ni dah mula bz, SEO ni memang membantu sebagai trafik backup. Lagi 1 earning CPM boleh meletup la..

Tapi keburukkan dia macam mana pulak? Lepas aku fikir-fikir balik, keburukkan lagi banyak dari kebaikkan sebenarnya main SEO ni. Impact keburukkan lagi besar dari kebaikkan.

Yang pertama, kalau kau dah kenyang dengan trafik SEO, kau jadi malas. Malas nak update lagi. Aku perasan pasal ni masa entri maharaja lawak minggu 9 aku ada kat page pertama SERP. Walaupun ranking kat bawah, tapi aku dapat kutip hampir 1k Uv sehari untuk entri tu. Then aku macam, "Ah.. Tak payahla update lagi. Trafik dah kencang tu..".  Tetiba rasa lega. Tak risau lagi pasal trafik.

Kedua, kalau asyik main SEO - blog kau bukan lagi untuk pembaca dari kalangan blogger. Sebab aku kata macam tu, bahasa SEO tu sendiri. Kalau kau perasan ada entri SEO ni bahasa dia skema habis. Lagi 1 topik entri tu memang tak interesting langsung. Penulisan tu takde 'jiwa'. Kalau kau pandai tukar ayat skema tu mungkin keadaan akan jadi sebaliknya.

SEO boleh buat kau ketagih. Bila dah ketagih, entri kat blog pun semua entri SEO. Bila jadi macam ni pembaca setia boleh hilang. Ini terbukti sebab ada blog hebat aku perhatikan mula hilang pembaca setia diaorang. Komen kat entri dari ratus, cuma ada 1-2 atau kosong terus. Semua entri SEO. Online counter cecah ratus tapi bila jadi macam tu memang tak best ah. Aku tengok pun rasa 'kosong' je. Apatah lagi tuan punya blog. Tapi kalau dia nak macam tu nak kata apa lagi. 

                                                                        +++++++++++

Ekceli tak salah pun main SEO ni.. Tapi aku cadang berpada-pada. Tu pun tengok jugaklah kau suka yang mana 1. Nak pembaca dari kalangan blogger, ada topik entri yang menarik, penulisan kau ada jiwa, atau sekadar nak trafik tinggi dengan earning yang meletup.. Erm ok off dulu ek. Tetiba hujan pulak. Grrrr..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...