Gambar Majlis Nikah Azlan Dan Azza Elite

on 01 April 2012

Gambar masa majlis nikah azlan dan azza elite - Alhamdulillah! Dengan 3 kali lafaz, akhirnya pasangan ni selamat dinikahkan tepat jam 5.30 petang tadi. Majlis pernikahan azza dan azlan berlangsung dengan lancar di masjid bukit antarabangsa.


Antara selebriti yang hadir memeriahkan lagi majlis ialah rozita che wan, watie elite, shasha shahidin dan umie aida. Pasal hantaran, pihak lelaki menghantar 9 dulang hantaran kepada pihak perempuan berupa seutas rantai, cincin, sirih junjung, handbag gucci, set wangian gucci guilty, buah-buahan, coklat dan senaskah al-quran. Pihak perempuan pulak membalas dengan 11 dulang hantaran iaitu sejadah, cincin, sireh junjung, satu persalinan dan wangian gucci, tali pinggang kulit dan beg gucci dan buah-buahan. 

Gembira rasanya aku bila tengok pasangan ni bersatu jugak akhirnya. Anyway, tahniah diucapkan kepada azza elite dan azlan di atas perkahwinan ni. Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat. Lagi gambar nikah azza elite dengan klik read more :





Sumber : Oh bulan
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...