Permohonan Tajaan Jpa 2012

on 18 April 2012

Info permohonan tajaan jpa tahun 2012 untuk lepasan spm 2011 di bawah program khas (perancis, jerman, jepun dan korea). Permohonan ini akan dibuka bermula dari 16 april 2012 hingga 22 april 2012 nanti.

Syarat permohonan jpa 2012

Permohonan adalah untuk calon-calon yang menduduki spm tahun 2011 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) bagi pengajian luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan dalam negara sebelum memulakan pengajian di luar negara. 

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum seperti kat bawah ni :

a) Warganegara Malaysia. 
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 disember 2011 
c) Mempunyai kesihatan yang baik, tidak mengidap penyakit kritikal seperti aids, hiv dan sebagainya. 

Untuk syarat lanjut, sila baca dengan klik pautan link sebelah -> syarat permohonan jpa 2012 lepasan spm 

Permohonan tajaan jpa lepasan spm 

Permohonan program ini menggunakan ePermohonan, yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di halaman utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan. 

Para pemohon sila layari pautan dengan klik  -> sistem permohonan tajaan jpa . Sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan borang. 

Cara membuat permohonan 

Sebelum membuat sebarang permohonan sila baca panduan mohon JPA Online di panduan permohonan jpa 2012.


*Sumber diolah semula dari : Melvister
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...