Shafie Apdal : Zahida Rafik Tak Diberi Wang

on 23 April 2012

Shafie apdal : zahida rafik tak diberi apa-apa wang - Susulan isu sebelum ni. Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah iaitu datuk shafie menegaskan dia bukanlah individu yang memberi sejumlah wang yang besar pada zahida di akhbar the star dan twitter hari ini. Menurut beliau lagi, tuduhan itu kemungkinan besar datang dari individu yang berniat tak baik terhadap beliau.


Kata datuk shafie apdal di akhbar the star :

Saya mengikuti setiap berita di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama noor azman azemi bertarikh 13 Mac 2012. Laporan itu mendakwa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain menyatakan yang saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis, zahida mohamed rafik. 

Di sini saya nak tegaskan apa yang dinyatakan dalam laporan polil itu tidak benar, dan individu yang menyebarkan salinan laporan polis itu mempunyai niat tidak baik. Saya bersedia untuk mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menfitnah dan mengaitkan saya dengan isu ini.

Anyway, aku harap yang lain-lain berhati-hati dengan isu zahida rafik dengan shafie apdal ni. Jangan pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Kalau tak, mampus nak bayar saman. Dan harapnya kebenaran yang sebenar, siapa betul siapa salah dalam kes ni akan terungkai tak lama lagi.  
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...