Mamat sepah dan fida ibrahim sah berkawan semula - Berita baik untuk peminat yang mengikuti perkembangan dua artis ni lagi-lagi si fida. Sebelum ni kita tahu yang diaorang 'berperang' dek kerana isu gambar fida nampak rambut di-upload mamat di facebook. Tapi nampaknya api kemarahan fida dah pun reda dan baru-baru ni fida mengaku dia dah berkawan semula dengan mamat.
Fida dengan mamat berkawan semula selepas dipertemukan dalam sebuah program televisyen yang pernah disiarkan pada beberapa bulan lalu. Kata fida di portal murai :
Selepas empat bulan tak berjumpa, kami bertemu semula dalam program itu. Selepas program itu, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerima mamat kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkan, malah dah lupakannya. Jadi sekarang kami berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama.
Bila ditanya adakah fida akan kembali pada mamat sebagai kekasih semula, jawapannya :
Saya sendiri tak pasti sejauh mana hubungan ini dan saya hanya berserah pada tuhan.
Pada aku keputusan yang fida buat ni memang amat molek sangatlah. Lagipun untuk apa bermusuh lama-lama kan? Apa-apa pun, fida ada nyatakan dia belum bersedia dengan hubungan yang serius sebab nak tumpu pada kerjaya dulu. Jadi pada peminat, doakan yang terbaik buat fida dan mamat.
{ 1 ulasan... read them below or add one }
solo sama solo xde masalahnya, berbaik itu lg baik,,,
23 April, 2012
Catat Ulasan