Video Murtad Oleh Gerakan Kristianisasi

on 03 April 2012

Datuk Dr Hasan Ali semalam mendedahkan video murtad sepasang suami isteri oleh gerakan kristianisasi di negara ini. Video itu memaparkan pasangan itu menceritakan pengalaman mereka disogok dengan pelbagai bantuan sebelum dimurtadkan menerusi upacara pembaptisan.

Tetapi video itu tidak dibenarkan dirakam dan diterbit semula oleh media bagi melindungi keselamatan dan reputasi individu terbabit. lelaki yang dikenali sebagai ramli (bukan nama sebenar), mendakwa dibaptiskan di sebuah pangsapuri di ibu negara dengan memasuki kolam renang sebagai upacara simbolik, selepas diyakinkan oleh dua mubaligh Kristian dari Australia bahawa beliau manusia yang berdosa dan satu-satunya jalan untuk masuk ke syurga adalah menerima ajaran agama itu. 


“Mereka kemudian memberi saya tempat tinggal dan menanggung kos pengajian saya dan meminta saya bekerja dengan mereka. Saya juga dilarang menukar nama (kepada nama Kristian) kerana ia didakwa adalah senjata saya serta tidak mahu saya lupa bahawa saya seorang Melayu dan beragama Islam,” katanya. 

Ramli berkata, beliau adalah antara orang yang terbabit dalam proses penterjemahan Bible daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan pernah bertemu hampir 400 orang Islam yang murtad dari seluruh negara, termasuk mereka yang masih mengamalkan cara hidup Islam dan mereka yang sudah meninggalkan agama itu.

Isteri Ramli yang dikenali sebagai Zakiah Musa, 42, berkata pengalamannya bersama ibu tunggal menunjukkan golongan itu mudah terpengaruh dengan pelbagai bantuan ditawarkan kumpulan Kristian, selain pendekatan lemah lembut yang digunakan mereka untuk memikat ibu tunggal.


*Macam mana ada umat islam yang boleh terpengaruh dengan paderi-paderi tu, aku pun tak tahu. Tapi ni jelas membuktikan punca nya dari iman dan pegangan agama yang tak kuat. Semoga kita dijauhkan dari semua ni. Insyallah..

Sumber : Bharian
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

ijam ismail berkata...

bw here..


03 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...