Nama Sebenar Pelakon Aaron Aziz

on 03 April 2012

Entah siapalah yang pedajal pelakon aaron aziz pasal nama sebenar dia. Semalam kalau tak silap aku, kad pengenalan yang dikatakan milik aaron tersebar luas kat facebook. Ni gambar i.c tu :


Rambut belah tepi, nama mat haron. Epic! Hehe gurau je. Anyway, lepas isu ni trending, terus portal murai kontek isteri aaron dapatkan kepastian isu ni dan memang sah, nama penuh kat i.c tu bukan nama sebenar dia. Ni pulak komen dari aaron kat Hmetro hari ni :

“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata aaron. Menurut aaron lagi, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya. 

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan. Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa. Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Kesian aaron. Aku rasa yang mulakan isu ni saja je kot nak april fool member-member yang minat aaron. Sekali tah macam mane, tersebar pulak i.c tu. Apa-apa pun aku rasa isu ni tak menjejaskan langsung karier aaron. Harapnya aaron dapat bersabar dengan isu nama palsu ni. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Aj Abdullah berkata...

Kalau aaron aziz x pakai baju x da yg kesah pun tapi kalau harun salim bachik x pakai baju then semua melenting. Baca sini

http://mynameisnazir.blogspot.com/2012/04/aaron-ker-haron-ker-whatever.html


03 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...