Jimmy Shanley Tolak Ajakan Nursuhaila Selesai Kes Cerai Luar Mahkamah

on 22 Jun 2012

Perkembangan terbaru kes cerai jimmy shanley dan nursuhaila. Semalam di mstar online, suhaila ada menyatakan hasrat mahu selesaikan kes cerai mereka di luar mahkamah. Kata suhaila ini demi kebaikan anak mereka. Dan dia telah pun berbincang dengan jimmy pasal hal ni. Tapi jimmy berkeras, tetap nak selesaikan kes ini di mahkamah.

jimmy tolak ajakan nursuhaila

Kata suhaila di akhbar mStar semalam : 

"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara baik. Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh & berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini."

Menurut suhaila lagi, dia tertanya-tanya kenapa jimmy begitu jarang sekali menjenguk anak mereka, zahrah sedangkan dia tak pernah menghalang atau meletakkan had pada jimmy untuk menjenguk zahrah. Disebabkan hal ni, suhaila mengatakan ibunya lah yang selalu bawa zahrah untuk berjumpa dengan jimmy. 

Anyway, aku rasa jimmy tetap nak selesaikan kes ini di mahkamah supaya mudah untuk selesaikan masalah yang timbul di masa akan datang. Apa-apa jadi nanti dah ada dokumen black and white. Tapi bagi aku kes  ni pelik. Sebab sebelum ni pihak lelaki cakap lain, dan sekarang pihak perempuan pulak cakap lain. Sukar untuk dibuat kesimpulan. Cuma jimmy dan suhaila yang tahu apa sebenarnya kemelut yang melanda rumah tangga mereka. Pada peminat, doakan yang terbaik agar kes mereka ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...