Seniman Campur Tangan Pergaduhan Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa

on 20 Jun 2012

Sebelum ni memang ramai bengang dengan zed zaidi dek kerana pertikaikan kemenangan aaron. Rasa bengang tu makin bertambah-tambah lepas dia sah jadi presiden seniman. Tapi untuk isu gaduh antara anzalna, neelofa dan tasha shilla, barulah nampak kegunaan zed zaidi sebagai presiden seniman. 

anzalna dan neelofa bergaduh

Melalui akhbar berita harian hari ini, zed zaidi dilaporkan akan menggunakan kuasanya sebagai presiden seniman dengan memanggil neelofa, anzalna dan tasha shilla untuk menyelesaikan konflik yang mereka hadapi sekarang. Pihak seniman pula akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu ni. Rasanya mesti ada yang tertanya-tanya apa hak seniman sampai nak campur tangan dalam isu ni. Sebenarnya ketiga-tiga artis tu ialah ahli persatuan seniman. Zed zaidi jugak melihat isu ini jika diselesaikan di makhamah hanya akan merugikan mereka nanti. Kata zed :

"Pada saya kemelut antara neelofa, anzalna dan tasha shilla tak perlu berlarutan hingga jadi kes makhamah. Pendekatan seperti nasihat ialah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tiga artis tersebut secara dalaman. Tanpa peguam, tanpa tindakan undang-undang, saya yakin masalah ini boleh diselesaikan dengan jalan yang terbaik. Dunia hiburan malaysia ini kecil je. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti. Jadi tak perlulah terlalu mengikut emosi. Sebagai ahli seniman, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik. Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh."

Macam aku kata tadi bila timbul masalah-masalah macam ni barulah nampak ada gunanya zed zaidi sebagai presiden seniman. Dan aku bersetuju dengan tindakan zed kali ni. Masalah boleh selesai dengan cara baik, jadi selesaikanlah dengan cara baik. Tak perlu pun upah peguam, ambil tindakan undang-undang bagai. Harapnya zed zaidi dapat menyelesaikan kemelut antara neelofa, anzalna dan tasha shilla ni. Kredit info Berita Harian.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...