5 sebab korang dijauhi rakan sekerja

on 09 October 2010



Entri ni simple je.
Kid dapat idea entri ni sebab hal ni jadi kat kid sejak bekerja ni.
Macam macam masalahlah. Huhu.

So sini kid listkan 5 sebab kenapa korang dijauhi rakan sekerja.
Manalah tahu dapat membantu korang kan?

1. Suka curi tulang. Maksud lain korang bijak dan pantas meninggalkan
    kerja korang yang akhirnya, kawan korang kena buat.
    Selalu kid tengok hal ni jadi. Haiya..

2. Pisau cukur. Ajak sarapan, lunch sama-sama tapi asyik kawan je keluar duit.
    Takpun korang awal awal dah blah dulu lepas mentedarah.

3. Pemalas. Suka sangat bergantung pada kawan untuk selesaikan kerja.
    Wah apakah ini semua? Kalau tak tahu, tanya sudah.
    Ni asyik suruh kawan settlekan kerja korang. Korang bos ke? Haiya lagi!

4. Perasan. Lagak korang macam bos. Suruh itu suruh ini macam kawan korang
    takda kerja pula nak buat. Walhal korang cuma pekerja biasa je.

5. Korang tak ambil inisiatif untuk selesaikan perangai buruk korang
    macam kat atas!

Sorry ya kalau entri ni menyinggung perasaan korang..
So macam mana? Setuju ke tak?
Fikir fikirkan ya.


*picture : www.officearguement.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...