Apsal orang kita ni masih percaya bomoh-bomoh ni??

on 09 April 2011

JITRA -  Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dirogol seorang bomoh ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan tradisional yang kononnya untuk membuang makhluk halus yang merasuk badan gadis berkenaan di rumah suspek di Simpang Kemboja di sini, malam Selasa lalu - Berita harian

Aku pelik betul la dengan bomoh/dukun macam ni. Biasanya diaorang ni bini dah ada dah dah. Kalau gatal sangat k@#@k tu pergila kat bini tu.. Tak pun pergi la cari cikaro ke. Ni nak jugak merogol walaupun dah tahu salah dari segi undang-undang.  Tah pape  =.=

Lagi 1 sesetengah orang kita ni..

Masih ada lagi yang percaya dengan bomoh-bomoh ni. Lagi-lagi bomoh yang pakai asap kemenyan, pastu baca mentera tah hape-hape. Biasanya bomoh macam ni la orang kita cari walaupun dah tahu syikrik guna khidmat bomoh macam ni. Patutnya berdoala pada allah mohon pertolongan. Lepas tu masuk part ikhtiar pulak, kalau tetap nak guna khidmat bomoh carila bomoh yang guna ayat-ayat al-quran.

Kesimpulan dia, jangan lupa yang Esa kat atas tu bila ada masalah dan sila berhati-hati bila guna khidmat bomoh..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...