Budak sekolah sekarang..

on 08 April 2011

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu - Kosmo

Hari tu kes cikgu bantai murid, ni murid pulak bantai cikgu. Cikgu tu nak dapatkan penjelesan je, tak pasal-pasal dapat buku lima sebijik. Apakah motif tumbuk cikgu tu ah? =.=

Aku pelik betullah dengan budak sekolah sekarang ni. Tak macam dulu-dulu. Kita dulu punyalah takut, hormat dengan cikgu walaupun cikgu tu tak garang. Tapi sekarang punya budak sekolah panas baran tak bertempat 1 hal, otat letak lutut, lutut letak kat kepala. Kadang-kadang pantang cikgu rotan sikit, mulalah nak gaduh. Walhal diri sendiri salah. Cikgu rotan untuk mengingatkan salah kita, bukan suka-suka atau enjoy tengok murid dia tahan sakit. 

Lepas tu dari segi penerimaan parents. Dulu punya parents siap bagi izin kat cikgu untuk rotan anak dia. Sekarang punya parents, pantang dengar anak dia mengengek kena rotan, terus datang sekolah mintak explaination kenapa rotan anak dia. Kalau tak settle situ, "I see u in court!" Apalah.. Macam manalah perangai anak nak berubah? Macam manalah anak tu tak bengap?

Hm.. Untuk bebudak sekolah, sila patuh pada teguran/nasihat/arahan cikgu anda. Sila kawal panas baran anda tu.. Tahula darah tengah 'panas' masa-masa macam ni tapi tak bermakna anda boleh mengamuk sesuka hati ok.. Jangan ikut kepala sendiri sebab memang takde faedah pun. Fikir se-rasional yang boleh sebelum buat apa-apa keputusan ok?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...