Kenapa bf/gf korang curang?

on 08 April 2011



















Eh awak kata awak pergi main futsal.. Ni dating ni apa cerita?? - Contoh bf/gf korang curang. Dapat pasangan macam ni memang bikin panass.. Tapi sebelum blame pasangan masing-masing, ada tak fikir kenapa diaorang curang?

Sebab pasangan korang curang :

1. Korang mengongkong
2. Korang acuh tak acuh dengan pasangan korang
3. Korang tak hormat pasangan koran
4. Korang kaki menge-pau
5. Pasangan korang sebenarnya takde apa-apa perasaan lagi dengan korang

Point no.1 - Ada 2 sebab kat sini. Korang tak percaya dengan pasangan atau korang selfish. Contohnya bila bf/gf korang nak lepak dengan memember, korang halang. Alasan, main kayu 3 belakang korang atau korang cuma nak pasangan korang bagi 100% perhatian kat korang. Macam dah berkahwin pulak. Siapalah yang tak rimas dan boring? Pasangan korang pun ada life sendiri. So bagila diaorang ruang untuk life diaorang. 

Point no.2 dengan 3 - Bila pasangan mintak pandangan korang berkenaan sesetengah perkara, korang boleh pulak buat derk je. Atau jawapan korang : "Terpulanglah pada awak". Pasangan korang mesti rasa korang ni hampeh, takleh pakai sebab korang acuh tak acuh je pasal diaorang. Tengah dating, boleh pulak bantai mesej laki/pompuan lain.. Takde rasa hormat langsung. Pulak tu bila setiap kali dating, mesti jadi macam ni. Sape boleh tahan weh?

Point no.2 dengan 3 ni fit dalam kategori perhatian. Tak kiralah laki/pompuan, bila dah kapel dua-dua pihak perlukan perhatian dari pasangan. Barulah masing-masing rasa dihargai. Cuma jangan over. Kalau tak, jadi macam point no.1 tu.

Point no.4 - Ni 1 hal. Buang jauh-jauh perangai ni kalau betul sayang gf/bf korang. Mula-mula memang pasangan korang akan layan je perangai korang ni. Tapi lama-lama mesti dia fedup. Duit habis 1 hal. Lagi 1, dalam fikiran dia mesti akan terdetik "Dia ni sayang aku ke atau sayang duit aku ni??"

Point no.5 - Untuk spesis yang takde otak. Kalau aku, aku blah cari lain je. Ok bab ni tak perlu aku hurai panjang lebar.

Hm so apa pendapat korang? Ada point lagi yang boleh ditambah?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...