Sebesar-besar kesilapan manusia ialah..

on 07 April 2011

Dulu aku ada terbaca 1 cerita dalam komik ni. Cerita pasal 1 watak ni yang pressure dengan life dia dan dia anggap diri dia super loser paling sejati sekali kat dunia. 

Semuanya bermula sejak dia jadi student kolej. Awek dia kena kebas. Result exam dia sentiasa teruk. Duit selalu pokai. Belah pagi orang lain bersarapan tapi dia tak. Dari pagi lagi dia dah tahan lapar. Makan tengah hari, cuma roti sebungkus. Orang lain dah ada kenderaan sendiri, tapi dia masih lagi jalan kaki atau naik bas. Apa yang dia lalui sehari-hari, buat dia rasa tensyen dengan tengok orang lain yang bernasib baik dari dia.

Hasil dia, persepsi dia dengan orang sekeliling sentiasa negatif. Hati dia tak pernah rasa tenang. Setiap hari, menangis.. Setiap hari apa yang ada dalam fikiran dia ialah menyumpah tuhan kerana nasib dia macam tu. Sampailah 1 hari dia dah tak tahan lagi, dia telan 1 beg plastik yang mengandungi kaca-kaca halus. 10 minit lepas tu dia mati sebab pendarahan dalaman yang serius..

Lepas tu cerita tu flashback balik pasal watak tu. Awek dia kena kebas sebab dia mengular perempuan lain. Result exam dia teruk sebab tak study, asyik clubbing je all the time. Duit dia pokai sebab dia asyik pergi club, minum arak, tiap-tiap hari.

Dan ironic nya, dia tak fikir langsung apa dia buat tu sebenarnya penyebab life dia teruk macam korang baca kat perenggan 2 tu.. Dah tu boleh pulak dia salahkan tuhan? Hm..

                                                               ++++++++++++++++++

Sebesar-besar kesilapan manusia ialah mereka tidak belajar dari kesilapan lalu - Ni lah mesej dari cerita tu. Aku fikir-fikir balik, memang betul pun.. Kadang-kadang kita ni cuma tahu blame keadaan, blame masalah yang kita hadapi, blame nasib kita tak macam orang lain walhal punca dia sebenarnya dari kita sendiri. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah.

So ambikla mesej dari cerita tu sebagai iktibar untuk kita perbaiki life kita. Ok? Renung-renungkan..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...