Pecahan idea - apa kejadahnya nih???

on 01 April 2011

Aku cuma terfikir.. Kenapa setiap kali kali kita menaip, kita muntahkan semua yang ada dalam kepala hotak? Kenapa tak simpan sedikit? Macam jalan ke depan terus tak pandang belakang lagi tapi dalam hal ni, sekali sekala kita pandang belakang jugak. Ni sekadar pendapat aku sebagai blogger yang masih 'ikan bilis'. Tak kisah nak ikut ke tak. Tapi cuba baca dulu faedah pecahan idea ni.

Ok macam ni. Apa yang aku maksudkan dengan tajuk entri tu, andaikan korang dapat 1 idea yang ada 5 isi. 4 point tu olahan dia tak terlalu pendek, tak terlalu panjang. Just nice lah. Tapi point ke-5 tu pulak olahan panjang berjela nak mamposs.

Jadi kita boleh save point ke-5 tu untuk entri akan datang atau sebagai idea backup kalau-kalau kering idea.

Faedah lain teori pecahan idea ni, untuk elakkan entri jadi terlalu panjang. Biasanya entri yang panjang ni perlukan konsentrasi tinggi untuk kita taip supaya entri tu tak merepek. Lagi 1 kalau kita tahu macam mana nak buat pembaca tak hilang fokus baca entri panjang kita, maka takda masalah. Tapi kalau kita takda kemahiran tu semua, better kita pecahkan idea tu.

Kesimpulan dia, pecahan idea ni ialah macam korang tengok kat perkataan yang aku boldkan tu. Berguna kan? So korang rasa macam mana? Ok ke.. K.O???
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...