Penangan anonymous

on 01 April 2011

awn.com

Baru je tadi aku memanjangkan leher dan membesarkan mata kat gb. Tengok kat entri popular hari ini, tempat 1st entri dari blog mr.kodet, blogger penakut tak mahu anonymous mengomen blog beliau. Best entri ni.. Kalau nak baca klik ler link tu. Tapi pendapat aku bercanggah skit pasal anonymous ni.

Aku tengok anonimaus ni ada 3 jenis :

1. Setiap kali blogger tu post entri, anonimus ni mesti suka, like entri tu
2. Ada anonimus pulak, tak suka tapi dia komen berprinsipkan 'cause and effect' (cilok dari cite matrix)
3. Ada anonimus pulak, tak suka dah tu komen dengan mencarut, maki hamun. Alasan pulak tak masuk akal

Tang anonimus no.1 tu dengan no.2, bagi aku anonimus macam ni marvelousss... Ok part ni tak perlu aku pot pet panjang.

Tang anonimus no.3 tu, arghh ini problem. Kata mr.kodet, jangan jadi penakut. Tapi kalau fikir balik, ni pasal soal penerimaan blogger dengan komen dari anonimus no.3 tu. Perasaan setiap orang berbeza. Tak semua yang berhati kental. Kalau tak takkan la keluar entri pasal anonimus macam tu macam ni dari certain blogger.

flickr.com



















Buang yang buruk, ambil yang baik dari komen tu. Tapi kalau dapat komen macam ni -  

Woi lahanat!! Tah hape-hape la blog ko ni!! Entri sampah! Macam pukimak!! Takde ilmiah pun!! Aku pelik macam mana boleh ramai komen entri mengarut ko ni..???!! Muka ko yang tertepek kat header tu, ingat kau lawa tepek muka besar-besar kat situ?? Wei, aku terus terang jela.. Makin lama blog ko ni wujud makin menyampah aku tengok! TUTUP BLOG JELA WOI!!

Macam manala agaknya ye blogger tu nak tapis mana yang buruk? Mana pendapat yang sebetul-betulnya 'pendapat' dalam komen tu? Kalau dapat komen macam ni, aku tak rasa blogger tu akan tapis lagi mana yang buruk. Naik angin terus adala.

Ok kalau anonimus tu komen macam ni pulak -

Woi lahanat!! Tah hape-hape la blog ko ni!! Entri sampah! Cuba la ko tulis __________________  (si anonimus bagi cadangan entri yang bagus untuk ditulis oleh blogger tu dan bagus untuk dibaca oleh pembaca)

Kalau dapat komen macam ni kira ok lagi la blogger tu tapis mana yang buruk, ambil yang baik ye tak?

Pendapat aku untuk anonimus no.3 tu, janganla ikutkan hati dengan perasaan even kalau betulla tak suka dengan blog dan tuan punya blog tu pun.. Kalau tetiba je orang duk maki anda dikala anda sedang enak berada dalam 'zon selesa', anda boleh terima? Kalau boleh terima okla tapi ingatla, bukan semua orang hati kental. Jadila anonimus no.2 tu. Kurang-kurang blogger yang kau benci tu hargai jugakla pandangan kau.

Hm so pendapat korang macam mana?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...