Pantau peniaga cekik darah

on 14 Mei 2011

KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja - Kosmo

Peniaga ni tunggu berita harga barang naik je baru ada alasan naikkan harga makanan minuman. Lepas tu naik sampai harga cekik darah pelanggan.. Ni kerajaan dah buat macam ni, bagus sangatla ler.. Takdela harga makan minum terlalu mencekik darah pelanggan
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...