Astro naikkan cas perkhidmatan..

on 07 Jun 2011

Tadi guwa singgah sat berita harian online barang seminit dua usha artikel2 terkini. Nak keluar beli newspaper, guwa kena naik bas. Lecehla pulak.. Hurmm so tadi jumpa 1 tajuk - Astro buat pelarasan khidmat. Guwa copy sedikit petikan itu :

ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.


“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” - Berita harian

Naik harga takpe asalkan cerita-cerita dalam tu dipelbagaikan dan makin menarik. Kan? Tapi sampai la ni cerita dalam astro dok ulang-ulang je. Hahah.. Yang naik harga pakej, tapi yuran langganan ada penjimatan. Guwa tak kisah pasal ni pasal rumah guwa takde astro. Tapi yang ada astro ni macam mana? Kasi protest la..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...