Gambar Majlis Hari Jadi Zizan Ke 28

on 19 April 2012

Gambar masa majlis hari jadi zizan raja lawak yang ke 28 2012 - Pada yang tak tahu, 15 april lepas salah seorang pelawak terkenal tempatan iaitu zizan menyambut hari jadi dia yang ke-28. Majlis yang berlangsung di bora ombak restoran jalan ampang ni dihadiri oleh ibu bapa zizan, peminat-peminat, rakan-rakan artis dan tetamu yang dijemput khas dari rumah anak yatim syifa, gombak.


Actually party ni tak diketahui zizan pun. So ni macam 1 kejutan ah untuk zizan. Dia ada menyatakan rasa terharu dengan kejutan ni dan akan jadikan kejutan ni sebagai suntikan semangat untuk terus maju dalam bidang seni. Kira terharu lah ni.. Kata zizan :

"Saya amat terharu dengan kejutan ini. Saya menyifatkan kejayaan yang saya perolehi sekarang adalah hasil sokongan daripada peminat setia, dan ibu bapa saya. Kejayaan saya ini juga banyak disokong oleh marina juki yang juga rakan kongsi dalam syarikat Wire Fame Sdn Bhd. Dia telah banyak membantu melancarkan kerjaya saya."

Dan untuk pengetahuan peminat yang tertanya-tanya perkembangan terbaru zizan, selain super spontan, dia sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem tokan yang mana johan asa'ari, soffi jikan dan liyana jasmay berlakon sekali dalam filem tu. Anyway, selamat hari jadi ke 28 diucapkan pada zizan. Semoga karier zizan akan terus bersinar. Kredit gambar portal murai. Lagi gambar :







Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Unknown berkata...

happy birthday zizan


19 April, 2012
vendoline berkata...

cntik kek dia//baru 28 upenyer


19 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...