Isu Gedik : Shila Amzah Terima Dengan Hati Terbuka

on 24 April 2012

Isu gedik tentang shila amzah di bipop ahad minggu lepas memang panas. Panas maksud aku ialah tulisan wartawan zubir yang memang pedas berapi bila bab kritik dan nasihat ni. Nasib baiklah shila artis professional. Dia tenang, rilek dan menerima teguran zubir dengan hati terbuka. Kalau artis lain mungkin dah melenting. Lagi-lagi si zarina tu. Heheh.


Pada yang tak tahu, isu yang zubir cerita di bipop ahad lepas ialah tentang kelakuan shila dan sharnaaz yang tak ubah macam pasangan dah berkahwin sedangkan hubungan diaorang masih lagi kekasih. Ini kata zubir :

Orang lain pun bercinta, tapi cool je. Lagi menjengkelkan, sharnaaz dan shila menunjukkan kemesraan di depan ibu shila sendiri, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, cuma kekasih je. Zubir perhatikan ibu shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan sharnaaz. Sebagai ibu, tolonglah tegur sikit si shila tu supaya jaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat over mesra dengan sharnaaz tu.

Ini pulak respon shila amzah :

Berkenaan dengan isu gedik, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau negatif. Siapa yang ambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang saya dan sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius.

Pada aku ada betulnya teguran zubir tu. Dan aku dapat tahu ada peminat yang mula menyampah dengan shila amzah lepas tengok sendiri gelagat dia dengan sharnaaz. Harapnya shila dengan kekasih fikirkan betul-betul teguran zubir tu sebab memang betul pun. Fikirkanlah jugak soal halal dan haram ye.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

O CIKTEDDY said...

a'ah kan..betol kata zubir!


24 April, 2012
princessrayha said...

aku memang dh lama menyampah dgn s****


24 April, 2012
Anonymous said...

Yg pentingnya tau halal dan haram... klau dpn ibu sendiri dh terover apa lg bila d blkng kedua2 ibubapa lu pikir sendiri la shila


25 April, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...