Toyol Betina : Gadis Pakar Pecah Rumah

on 21 April 2012

Toyol betina : gadis pakar pecah rompak rumah - Seorang gadis yang masih bersekolah tapi cekap dalam melakukan jenayah pecah rumah secara bersendirian dan disyaki terbabit dalam 10 kes pecah rumah di flat sri kayan, subang jaya. Kerugian yang ditanggung mangsa mencecah ribuan ringgit. 

Aktiviti remaja 14 tahun ni terbongkar apabila dia dicekup ketika memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. Menurut sumber, penangkapan suspek melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu. 

“Suspek mampu bergerak sendirian mencuri apa saja barang milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang ialah wang, barang kemas, komputer riba dan kamera. Nilai keseluruhan mencecah ribuan ringgit,” katanya. 

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.

Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

Nur Asmida Bt Karim berkata...

budak2 lgi dh pandai bt keje mcm nie . . ish3 !


21 April, 2012
kerja dari rumah berkata...

Takde ke keje lain? Banyak lagi perkara yang elok dan berpotensi untuk maju dan berjaya, dunia dan akhirat!


21 April, 2012
Tanpa Nama berkata...

sabarr..mungkin ibubapa pun tak betul didik atau anak terbiar nih! Allah Taala sayangkan dia.tertangkap awal2..muga ditarbiyah dan menjadi gadis yg baik dan solehah.


24 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...