Adda Butterfly Bercerai Selepas 17 Hari Berkahwin

on 05 June 2012

Adda butterfly bercerai selepas 17 hari berkahwin! Berdasarkan media hiburan, adda adik rody kristal bercerai selepas 17 hari berkahwin. Dia berkahwin pada bulan lepas, 30 mac dan dulu dikenali sebagai bekas kekasih mamat sepah. Hurm rasanya aku tak pernah lagi dengar atau baca kes cerai cepat macam ni. Kalau ada pun, artis hollywood. 

adda bercerai

Kata adda (nur syuhada) yang ditemu ramah ketika tayangan premier filem mael lambung tentang perkahwinannya :

Ya, saya telah bercerai. Secara jujur, saya tak berkesempatan merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang. Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan.

Kata adda lagi, dia dan suami pernah berjumpa untuk berbincang pasal masalah ini tapi perbincangan tu gagal mencapai keputusan yang baik. Akhirnya adda diceraikan melalui telefon. Anyway diharapkan adda dapatlah bersabar dengan dugaan ini dan jadikan hal ni sebagai pengalaman. Sekarang pun adda tengah sibuk promosi album baru butterfly bertajuk 'lelaki pilihan'. Rasanya lebih baik adda fokus dengan kerja dari fikirkan masalah ni betul tak?
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

jangan menyesal adda...nasib baik laki tu ceraikan u...kalau dia boleh buat mcm tu dengan isteri pertamanya..gerenti dia akan berani buat perkara yg sama dengan u pula...so who cares anyway kalau dia ceraikan adda..lagipun..1. dr segi rupa..memang jauh ayam dari reban la...;)


09 July, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...