Anzalna Tak Nak Minta Maaf, Bila Isu Bergaduh Ini Akan Selesai?

on 25 Jun 2012

Lanjutan isu anzalna dan neelofa bergaduh sebelum ni. Perkembangan terbaru tentang isu ini ialah anzalna di bipop semalam mengatakan dia takkan minta maaf pada neelofa dalam isu ni sebab katanya, sekiranya dia yang meminta maaf itu tandanya dia yang bersalah. Lah, kalau setiap pihak kerasa kepala, bila masalah ni akan selesai?

anzalna seksi

Anzalna ada menyatakan dia nak bersara terus dari dunia hiburan dek kerana tertekan dengan kontroversi yang dia timbulkan sendiri ini. Tapi disebabkan sokongan yang kuat dari pelbagai pihak, dia membatalkan hasratnya tu. Kata anzalna lagi :

Kalau boleh saya mahu perkara ini diselesaikan segera. Saya sedia bersemuka, malah jika ada sebarang ketidakpuasan hati lebih baik diselesaikan secara berdepan. Dalam keadaan sekarang, saya perlu mengikut saluran yang betul dengan mendapatkan bukti seperti yang dituntut Neelofa melalui peguamnya. Saya tidak akan minta maaf kerana itu menunjukkan saya salah. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya akan lebih berhati-hati biarpun saya yakin di pihak benar. Mungkin sekarang isu ini hangat tetapi lambat laun akan dilupakan juga.

Pada aku mungkin betul apa yang anzalna kata, lambat laun kontroversi ni akan dilupakan jugak. Tapi rasanya kalau kontroversi ni tak diselesaikan, ada kemungkinan peminat mula menyampah sebab muak dan ada kemungkinan isu ini akan memberi kesan negatif pada karier mereka berdua. Jadi rasanya sebelum terlambat, eloklah kedua-dua pihak cari jalan untuk selesaikan masalah ni secepat mungkin.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...