Elfira Loy Berlagak, Jijik Dengan Barang Tak Ada Jenama

on 25 Jun 2012

Lama rasanya tak dengar perkembangan terbaru pasal elfira loy. Akhirnya semalam keluar jugak perkembangan terbaru beliau di utusan online tapi bukanlah satu perkembangan yang baik untuk dibaca. Berdasarkan laporan utusan online semalam, elfira loy sekarang dikatakan berlagak sebab asyik berkompang pada kenalannya yang dia cuma pakai barang-barang berjenama je. Dia jugak dikatakan alergik dengan barang-barang murah dan tidak ada jenama. Wah sampai macam tu sekali?

elfira loy seksi

Tapi satu perkara yang aku respek ni ialah walaupun di usia yang masih muda, elfira tak mudah melenting bila timbul gossip atau dakwaan negatif tentang diri dia. Elfira ada mengatakan jika dakwaan tu benar sekalipun, semua barang-barang berjenama itu dibeli menggunakan duit hasil titik peluh sendiri. Kata elfira lagi :

Memang tidak dinafikan kadangkala saya ada membeli barangan yang berjenama seperti kasut dan beg tangan. Namun semua itu dibeli untuk kepuasan diri saya sendiri. Barangan tersebut lazimnya berkualiti tinggi serta tahan lama. Oleh itu, ia juga boleh dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang. Kasut yang dibeli pada tahun ini mungkin boleh digunakan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Saya sudah mula bekerja sejak berusia 12 tahun jadi saya tahu bertapa susahnya untuk mencari duit sendiri. Oleh sebab itu, kalau saya benar-benar inginkan sesuatu, saya akan berusaha mengumpul duit sendiri untuk mendapatkannya terutamanya jika barangan tersebut mahal dan berjenama. Saya tidak dapat melihat di mana silapnya kerana saya berbelanja dengan menggunakan hasil titik peluh saya sendiri.

Tentang saya dikatakan berlagak, itu juga adalah tidak benar. Saya cuma seorang yang mesra, itu pun kalau saya sudah kenal sepenuhnya seseorang itu. Jadi saya memang tak nampak dari mana pula datangnya sifat berlagak seperti yang didakwa.

Pada aku ada benarnya kata elfira. Kalau betul dia berlagak bongkak atau suka menunjuk-nunjuk pun, dia berhak sebab semua barang berjenama miliknya dibeli dengan duti hasil titik peluh sendiri. Berbeza dengan kebanyakkan remaja sekarang yang berlagak pakai barang berjenama tapi beli guna duit yang mak ayah bagi. Hmm, macam mana pula dengan pendapat korang? 
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

mrs kayrul berkata...

suka lakonan dak kecik nie..comel jer


25 Jun, 2012
Unknown berkata...

Cantik sangat.....
I Like It.....


30 Januari, 2013

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...