Isu Anzalna, Neelofa Lantik Peguam

on 14 Jun 2012

Isu anzalna, neelofa telah lantik peguam untuk bela diri! Nampaknya kenyataan panas anzalna nasir tentang neelofa di bipop ahad lepas mengundang masalah. Pada yang tak tahu, punca isu ni bermula bila anzalna, finalis dewi remaja mengeluarkan kenyataan neelofa busuk hati dalam akhbar bipop 10 jun ahad lepas. Lofa selepas membaca kenyataan tu menyifatkan ianya fitnah.

isu neelofa dan anzalna nasir



















Dan pada jam 3.30 petang semalam, satu sidang media khas diadakan berkenaan kontroversi ni. Dalam sidang media ni, peguam neelofa telah meminta anzalna memberikan segala bukti tentang kenyataannya di dalam artikel bipop ahad lepas dan masa yang diberikan pada anzalna untuk menyediakan segala bukti ialah selama 7 hari. Kalau tak, tindakan undang-undang yang berkemungkinan besar tindakan saman akan diambil. 

Anzalna yang dihubungi pihak media tertentu berasa terkejut dengan tindakan drastik lofa dalam hal ni dan terkejut kerana kenyataannya di bipop tu diterbitkan walaupun dihalang anzalna.

"Saya amat terkejut dengan tindakan dia. Pada saya masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik. Lagipun bukanlah niat saya untuk membuka cerita lama. Disebabkan masalah ni sudah melibatkan peguam, jadi saya pun telah berbuat perkara yang sama untuk memudahkan sebarang urusan nanti.

Tentang kenyataan di akhbar tu, saya dah pun berkali-kali minta pada wartawan tersebut, jangan terbitkan sebab saya perlu jaga hati semua pihak. Apa pun saya akan berbincang dengan peguam saya tentang tuntutan neelofa ini dan saya akan cuba selesaikannya dalam masa 7 hari seperti yang dituntut."


Tapi serius memang panas isu ni sampaikan hans isaac selaku kawan lofa ada menyatakan rasa bengang dengan wartawan (zubir) yang menerbitkan artikel itu dan menyarankan lofa saman wartawan tu. Zed zaidi selaku presiden seniman pun ada mengatakan pihak seniman akan campur tangan sekiranya kes ni berlarutan. Tindakan yang akan diambil pihak seniman ialah menyekat tawaran berlakon diaorang sekiranya isu ni tak selesai. 

Rasanya hal macam ni tak perlu diperbesarkan sebenarnya. Tu pada akulah. Anyway, kita nantikan perkembangan isu ni. Kredit info dan gambar : rotiKaya
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...