Isu Gambar Bertatu, Awi Rafael Minta Maaf

on 19 Jun 2012

Tak silap aku dalam 2 minggu lepas, satu blog hiburan tempatan mengeluarkan gambar seorang penyanyi lelaki yang popular bersosial dengan seorang perempuan. Tapi apa yang mengejutkan ialah tangan penyanyi tu yang bertatu. Pada mulanya takde siapa tahu siapa identiti penyanyi tu sampailah ada yang kata penyanyi itu ialah awi rafael. Dan hari ini melalui facebook, awi mengaku penyanyi di dalam gambar itu adalah dia.


Kontroversi memang mengejutkan peminat awi. Tapi sebenarnya, gambar bertatu tu ialah gambar lama. Dan awi rafael sendiri dah pun insaf dengan kesilapan lampau dia. Ikuti penjelasan awi tentang isu ni dari facebook awi rafael.


Assalamualaikum semua, 

Terharu hati awi membace kata2 positif sahabat semua, kata2 nasihat.. awi bersyukur diberi dariNya teman2 yg ikhlas dgn diri awi, menerima awi seadanya dan tidak menghakimi awi atas kesilapan2 yg pernah awi buat pada suatu masa tahun2 dahulu; masa muda dan masih mentah fikiran awi masa itu. Awi rasa ia adil utk semua yg sokong Awi utk tahu yg sebenarnya, dari Awi sendiri, Inshallah. 

Gambar2 yg diambil dan dimuatnaik ke dalam laman2 portal adalah diambil oleh seseorang sebelum Awi bergelar artis DAN hakikatnya Awi adalah seorang insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Awi minta maaf, Awi tidak sempurna. :( Ketika masih muda dan naif bertahun-tahun dahulu, berbagai perkara telah dicuba oleh seorang remaja muda seperti Awi biler umur Awi masih muda, skrng Awi sudah 26 tahun, lebih dewasa dan jauh lebih matang, alhamdulilah. Sejak Awi taubat dan meninggalkan Australia, Awi benar2 menginsafi dan menyesali di atas segala perbuatan yg menyalahi hukum dan batasan agama.

Kerana itu Awi pulang ke Malaysia, negara Islam dan bnyk teman2 Islam yg bole mengajar Awi sendiri, sambil mencari rezki halal. Awi berhajat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mulia di masa hadapan dan dicontohi oleh masyarakat terutamanya kepada peminat2 Awi. Awi bukan hendak menyorok atau hipokrit, tetapi dinasihati oleh ibu utk buat yg terbaik utk semua lapisan masyarakat, agar peminat2 MUDA semua tidak akan menyontohi kesilapan besar Awi dahulu. Awi pegang pd nasihat ibu, IAITU utk utamakan kawan2 yg sedia menyokong awi. 

Dugaan itu akan sentiasa ada apabila seorang insan ingin coba kembali kpd jalan yg benar. Taubat awi sebelum awi dtg ke M"sia antara awi dgn Allah, dan kemaafan pertama adalah dari Ibu, dan syukur..Ibu, keluarga, sahabat rapat & kekasih hati Awi sudah lama maafkan Awi. Alhamdulilah. Hikmah ada disemua yg terjadi, dan semua yg terjadi dtg dariNya. Maka itu, MAAFKANLAH insan2 yg pernah mengutuk,mencaci dan mempertikaikan semua tindakan awi. Maafkan mrk yg dengki dgn rezki awi, rezki yg dtg dari titik peluh kerja keras awi, hasil rezeki yg halal awi mencari melalui lagu2 awi. Dan maafkan mrk yg tegur dgn kasar, kerana itu baik sebenarnya, awi tahu hasrat hati mrk hanya utk ingin mempertahankan ajaran Islam.. Awi faham, it's okay. =) 

Akhirnya, Awi seru kpd adik2 kiter yg masih muda disini..biarlah ini menjadi satu pengajaran untuk semua ya.. jauhkan diri dari yg haram, dekatkan diri kpd Islam dan terutamanya Ibu. Utk #awiDDicteds semua, awi syg korg. Korg semualah jantungku, Kuatkan semangat dan positif selalu;) Akan awi update show2 yg akan dtg iyaa..=) 

Wasalam semua, salam jumaat  

Awi Rafael.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...