Persepsi aku pasal tarian poco-poco

on 01 April 2011


Berkali-kali aku tengok kat fb blogger post pasal tarian poco-poco ni. Dalam suratkabar, dah diharamkan. Sebab dia dalam tarian tu ada unsur yang menyimpang daripada ajaran islam. Lepas tu aku google pulak beberapa blog. Ada yang kata pergerakkan tarian ni berbentuk salib.

Jadi tadi aku tengok kat youtube sat macam mana ghupe tarian poco-poco ni. Hm yang aku nampak tarian ni cuma keluarkan peluh je. Takde la plak nampak bentuk salib ke hape.

Lepas tu aku masuk pulak kosmo. Jumpa artikel ni :

                                                             ++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR - Tarian poco-poco tidak sepatutnya diharamkan sekiranya tiada dalil yang jelas dan kukuh mengenai keburukan aktiviti tersebut.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, aktiviti tersebut pada asasnya dilakukan untuk tujuan senaman dan menyihatkan tubuh badan serta tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh menyimpang daripada ajaran Islam.

"Jika tarian poco-poco dilakukan oleh wanita di kawasan tertutup mengapa kita perlu haramkan? Kalau hendak diikutkan banyak lagi aktiviti lain yang membabitkan wanita di negara ini sebenarnya haram dilakukan mengikut Islam"

"Pada pandangan saya, tarian itu boleh dilakukan dengan syarat ia tidak menyimpang daripada tujuan asal iaitu untuk tujuan bersenam dan kecergasan" - Kosmo

                                                             ++++++++++++++++++++

Aku setuju dengan pandangan prof ni. Aku bagi 1 contoh.. Facebook. Kita dah tahu siapa owner dia. Kita dah tahu facebook ni produk dari siapa. Tapi kita sill guna. Kenapa? Sebab kita tahu kita guna untuk kebaikkan betul tak? Macam tu jugak dengan tarian poco-poco ni. Kalau untuk kesihatan tak salah bagi aku.

Kalau betul nak haramkan poco-poco sebab menyimpang dari ajaran islam, haramkan jugakla perkara lain macam facebook tu.. Hm ni pendapat aku.

Pendapat korang pulak macam mana? 

Pic : Piyor
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

byk lg xtvti senaman yg lbih baik..


22 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...